Sunday, September 7, 2008

Nama penuh sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian yang beralamat di P.S.6, Jalan Parit Ibrahim, 82000 Pontian Johor.



Simbol dalam lencana :
i. Ikan dan nanas - hasil ekonomi daerah Pontian
ii. Buku - menggambarkan ilmu (menuntut dan berilmu)
iii. Obor - peluang masa depan yang cerah
iv. Tulisan dalam buku - bertarikh 9.1.1949 iaitu tarikh sekolah ditubuhkan
v. Motto - “Belajar dan Berbakti”
- bermaksud hari ini memberi peluang pendidikan diharap esok berbakti kepada bangsa dan negara

Visi

SMK SRI PERHENTIAN menjadi sekolah berkesan yang memenuhi hasrat pendidikan negara menjelang 2008.



Misi

SMK SRI PERHENTIAN berusaha berterusan secara berhemah dan bijak untuk mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum, nilai, dan sahsiah pelajar melalui :
1. Penyediaan sistem pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan berkesan.
2. Penyediaan tenaga pendidik yang jujur, cekap, dan berkaliber tinggi.
3. Penyediaan persekitaran serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang
bermatlamat.
4. Penyediaan program peningkatan kualiti menyeluruh yang berkesan.

welcome to SmkSP







Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian dibuka pada 9 Januari 1949 bertempat di Quarters Johor Military Force (JMF) atau Timbalan Setia Negeri Johor yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Tengku Mahmood Iskandar, Jalan Alsagoff, Pontian. Pada waktu itu hanya 3 kelas sahaja dibuka. Satu daripadanya ialah “Special Malay Class”. Pada ketika itu, semua kelas ditempatkan di bangsal kereta. Tidak lama kemudian ia ditambah menjadi 3 kelas. Jumlah keseluruhan kelas ialah sebanyak 6 kelas.

Nama asal sekolah ini ialah “Government English School”. Pada peringkat awal, kelas tertinggi adalah sehingga darjah 6 sahaja. Untuk menyambung pelajaran selepas menamatkan darjah enam, pelajar-pelajar akan melanjutkan pelajaran mereka di English College Johor Bharu.
Peperiksaan “Over Sea School Certificate” (OSC) atau “Faderation Malay Certificate” (FMC) yang pertama telah dijalankan di sekolah ini pada tahun 1958 dengan calon seramai 17 orang.

Pada tahun 1965 sekolah ini berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan yang ada sekarang. Pada peringkat awal sekolah ini mempunayai 2 blok bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik Sains Rumahtangga dan 2 bilik Seni Perusahaan. Pada tahun ini juga pelajar sekolah menengah kebangsaan berpindah ke bangunannya sndiri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat.

Pada tahun 1968, sekolah ini sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Sri Perhentian. Pada tahun yang sama pelajar-pelajar Sekolah Sri Perhentian dipecahkan kepada 2 bahagian. Seramai 600 orang pelajar tingkatan menengah rendah dipindahkan ke Sekolah Menengah Rendah Inggeris (SMRI) yang sekarang dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Hj Ahmad. Pada tahun yang sama, bangunan blok C dibina yang mengandungi 10 bilik darjah, dewan besar dan bangunan perpustakaan. Pada tahun 1983, bagunan blok D pula dibina yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal sains tulen. Akhirnya pada tahun 1996 siap pula bangunan blok E yang kini menempatkan bilik darjah, ruang pejabat, bilik pendidikan seni dan bilik komputer.

Our principle,Pn. Hjh Faredah Bt Massahor
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH...
Kod Sekolah : JEB 6012
Nama Sekolah : SMK SRI PERHENTIAN
Lokasi : JALAN PARIT IBRAHIM
Daerah : 82000 PONTIAN
Negeri : JOHOR
Tel : 07-6871606
Faks : 07-6863225
Bilangan Guru : 102 (JANUARI 2008)
Bilangan Staf Sokongan : 14
Bilangan Enrolmen : Anggaran 1300
Bilangan Bilik Darjah : 30
Sidang : 2 Sidang ( Pagi & Petang)
Kawasan : Bandar
Kedudukan : 2 km dari Bandar Pontian, (Antara Pontian – Benut)

















JDD_4041@YAHOO.COM.SG